Kegiatan Lain-lain Raja Badruddin Hakim Shah

Kerjasama dengan Ganutalgia

Bersama pengasas Ganutalgia,Mohd Naim dengan kerjasama Wearegrafy, beliau telah banyak berkongsi cadangan dan pandangan dalam membangunkan usaha yang telah dijalankan sekian lamanya untuk mengetengahkan lagi sejarah dan warisan negeri Terengganu. Didalam jangkamasa 2 tahun sekitar 2013-2014 berpandukan rujukan dari Muzium Negeri Terengganu dan penulisan lama dari MISBAHA dan lain-lain projek pemuliharaan telah dijalankan di beberapa Makam Tokoh lama Terengganu, antaranya:

  • Makam Tok Bukit Paloh
  • Makam Tok Raja Ri
  • Makam Tun Indera
  • Makam di Bukit Keledang (Terengganu)
  • Surau dan Rumah Tok Limbong
  • Tapak Makam Datuk Paduka Raja Wan Abdul Rahman

selain dari itu, hasil dari idea-idea yang ada maka terbitlah Ganupedia sebagai pusat rujukan setempat dan Ganutionary sebagai kamus bebas untuk melestarikan ragam bahasa Melayu-Terengganu.

Ganupedia

Ganupedia



Ganutionary

Ganutionary






Ku Bad Enterprise

Seni Ilustrasi Bandahara

"Bandahara" merupakan projek peribadi beliau yang khusus kepada seni Melayu purba pada asasnya. Bandahara adalah nama sebuah gunung bertempat di Gunung Bandahara namun ianya diinspirasikan untuk memberi penghormatan kepada ninda beliau yang merupakan raja bendahara terakhir di Perak iaitu Raja Bendahara Abdul Rashid Shah ibni Sultan Idris Shah .

Logo Bandahara oleh Ku Bad 2016




Seni Busana Tradisional

Sebagai seorang pencinta seni dan warisan budaya Melayu, minat mendalam beliau dalam mengetengahkan seni busana bermula semenjak 2009 lagi pada ketika itu bersama rakannya Angah beliau bercadang untuk merubah pakaian rasmi Dendang Anak daripada potongan baju Melayu modern kepada busana Melayu purba untuk menyerlahkan lagi mood persembahan diatas pentas.

Lakaran Kasar Ku Bad,14 June 2009.


Pada sekitar tahun 2015 secara rasmi maka terbitlah edisi pertama Warisan Angsari yang diasaskan oleh Angah dengan membawa idea yang pernah dirancang sebelum ini untuk Dendang Anak. Dengan kerjasama Bandahara(milik Ku Bad Enterprise) dan Warisan Angsari maka lahirlah pelancaran pertama di Terengganu bertempat di gallery Kitareka Terengganu sempena Peranakan Festival 2015.

Bandahara x Warisan Angsari 2015Ku Bad bersama Dendang Anak menggayakan busana keluaran Warisan Angsari di Kelantan 2019









Asthana Seni(kini Atmalaya)

Inisiasi mengalakkan dan mengetengahkan kraftangan Melayu tradisional yang diasaskan oleh beliau bersama Afif Tajudin, diusahakan oleh Asyraf Salahudin, Malik, Uda dan Mat Adi. Pada peringkat awalnya dikenali sebagai Asthana Seni namun diatas perbezaan kreatif ianya dijenama kembali kepada Atmalaya yang memberi maksud "Jiwa Bebas".

Logo Asthana Seni oleh Ku Bad, 2015





Rancangan TV Darul Iman https://www.youtube.com/watch?v=fdi5DNgoj8g , Asthana Seni 2020






Atmalaya

Penjenamaan dari Asthana Seni yang diasaskan oleh Ku Bad dan Asyraf Salahuddin. Mengetengahkan produk Melayu yang diusahakan oleh penggiat tempatan.

2019





Asyraf Salahudin sempena acara Doktong 2023.






Terengganu Bertanjak

2019

Kegiatan tahunan yang diadakan dengan kerjasama pelbagai NGO yang meraikan dan mengetengahkan seni Busana Melayu di Negeri Terengganu.

Terengganu Bertanjak 2019







2022

Ku Bad (berbusana Putih) bersama Tuan Khairul, Pengerusi NGO Persatuan Seni Silat Lian Halilintar, 2022





Rujukan

WikiPedia: Raja Badruddin Hakim Shah https://www.instagram.com/kubad_/ https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/kembara/2... https://www.sinarharian.com.my/article/69473/berit... https://www.trdi.my/tujuh-perdana-menteri-hiasi-di... https://en.wikipedia.org/wiki/Car_boot_sale https://www.mstar.com.my/travel/destinasi/2020/02/... https://gempak.com/rojakdaily/news/local-artists-c... https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/02/... https://kitareporters.com/gaya/zPdyPk5RbQ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/354873/...